
MASALAH PENDENGARAN
Masalah pendengaran atau cacat pendengaran terjadi apabila deria dengar seseorang terganggu atau terhalang daripada menerima atau mengamati sesuatu bunyi, perbualan atau bisikan orang lain (Asiah, 2012). Dengan kata lain, deria dengar tidak boleh berfungsi untuk kegunaan pendengaran biasa dalam kehidupan harian.
Definisi Masalah Pendengaran “Kanak-kanak atau orang dewasa yang pekak iaitu seseorang yang tahap pendengarannya teruk (91 dB atau lebih) terutamanya saraf sensorinya rosak dan berlaku sebelum ia boleh bertutur. (Stephen P. Quigley & Robert E. Kretschmer, 1982)


Ciri masalah pendengaran tahap (Asiah 2012):
1. Ringan: masih ada sedikitan pendengaran,. contoh: dengar bunyi dalam keadaan perlahan
2. Sederhana: boleh dengar dalam jarak 1 hingga 1.5 meter; diberi alat bantu dengar dan kadangkala dirujuk kepada jurupulih pertuturan supaya dapat menghasilkan perkataan yang betul.
3. Sederhana teruk: perlukan suara yang dikuatkan dalam perbualan; tidak dapat bertutur dengan baik kerana tidak boleh mendengar cara pertuturan yang betul dengan jelas.
4. Teruk: hanya dapat dengar bunyi yang kuat sahaja; mengalami pelbagai masalah bahasa dan pertuturan. Walaupun sebilangannya mempunyai tahap kecerdasan yang normal, tetapi mereka terjejas daripada aspek persepsi, sosial, emosi, pendidikan dan vokasional kerana kekurangan maklumat serta kefahaman dalam bidang yang berkaitan. Keperluan penting: pakar perubatan, pakar pendidikan, pakar bidang dalam menentukan peringkat dan tahap perkembangan dan pemerolehan bahasa. Jika kecacatan berlaku pada peringkat sebelum pemerolehan bahasa, individu itu pasti tidak dapat berbahasa dan tiada kemahiran bertutur untuk komunikasi (Asiah, 2012).



JENIS-JENIS KEHILANGAN PENDENGARAN/KEPEKAKAN
1. Kehilangan pendengaran konduktif
• Kecacatan atau halangan yang melibatkan laluan bunyi di bahagian telinga luar atau telinga tengah sehingga menyekat penghantaran gelombang bunyi ke telinga dalam (contoh: pengumpulan cecair yang menghalang bunyi daripada sampai ke bahagian telinga dalam.
• Ketidakfungsian bahagian telinga luar/tengah iaitu meatus salur auditori luar (tersumbat), membran timpanik (berliang), & tulang-tulang osikel.
• Cth: Atresia – tiada tulang telinga Otitis media – eardrum & ossicles tidak getar Otosklerosis – penyakit tulang telinga
• Ketidakfungsian tiub Eustachian (tersumbat)
• Kepekakan jenis konduktif yang melibatkan telinga luar dan telinga tengah ini boleh diatasi melalui rawatan perubatan, pembedahan atau sekadar menggunakan alat bantu dengar.
2. Kehilangan pendengaran sensori-neural
• Ketidakfungsian bahagian telinga dalam
• Contoh: Kerosakan koklea & saraf auditori- bunyi yang disampaikan herot atau tidak disalurkan langsung menyebab bunyi tidak jelas atau sukar dibezakan; terdapat ketumbuhan di bahagian telinga tengah.
• Kepekakan amat sukar dirawat (kecuali “cocklea transpkant”) walaupun menggunakan alat bantu dengar.
• Masalah sensori-neural ini selalunya terjadi pada bayi ketika dalam kandungan yang disebabkan oleh factor genetik, jangkitan atau toksemia, atau kemalangan atau penyakit (contoh” rubella) yang dialami oleh ibu semasa hamil . Ia juga terjadi pada bayi selepas dilahirkan.
3. Kehilangan pendengaran bercampur/jenis campuran
• Konduktif + sensori-neural pada telinga yang sama
• Mengalami masalah/kecacatan di bhg. telinga luar/tengah dan juga bhg.

