Signs 4 Science

Inovasi Signs 4 Science adalah satu inovasi sumber rujukan isyarat terma saintifik yang merangkumi media cetakan dan media elektronik sebagai panduan kepada murid masalah pendengaran serta guru dalam proses pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc).

Inovasi Signs 4 Science direka untuk mengumpul, menggabung dan menyusun isyarat terma saintifik bagi kegunaan murid masalah pendengaran serta guru untuk membuat rujukan. Justeru, dengan adanya

INOVASI ini, murid dan guru dapat mempelajari pelbagai isyarat terma dan konsep sains yang betul. Guru juga dapat menjadikan Signs 4 Science ini sebagai satu platform dalam mengajar sains kepada murid masalah pendengaran.